 -  - Fotopages.com
<width>40</width>
Suasana Hari Raya dan Menu Hari Raya
<description>Ini saja yang sempat di foto kan di sini.  Dalam kesibukan yang amat...terkejar ke sana ke mari..entah apa tak tahu.  Baju anak sendiri malam hari raya baru dapat di jahit...anak merajuk.  Manakala bahan untuk buat biskut masih banyak terbengkalai.  Sambutan hari raya tahun ini ialah tahun pertama kami kehilangan ibu tersayang.  Oleh itu mood untuk berhari raya tak ada langsung kerana masih terkenangkan ibu. Untuk bergambar se famili pun tak sempat . Ini juadah yang sempoi.  Hari raya pertama juadah Nasi Dagang Terengganu...tak de gambar. 
Selepas solat hari raya kami sekeluarga ke pusara ibu.  Bercucuran air mata sebak...kami anak beranak.  Ayah tak dapat menahan kesedihan semasa membaca Yasiin ..membuatkan suasana pilu seketika.  (Ibu ....semoga rohmu dicucuri rahmat) AMIN.   
Puding Trifle
Kek Blueberry
Satay dan Meehoon Goreng
Gulai Beriani Ayam dan Sambal...nasi tak de gambar</description>
Sarapan mudah pagi ini
Sarapan pagi dengan resipi yang senang .  Sesekali boleh mencuba buat sarapan ini.  Selain senang ianya amat digemari oleh suami dan anak saya.  Saya pernah makan sewaktu berkursus di Terengganu.  Saya lihat chef masak dan bila balik kita terus tirulah.  Jom kita lihat bahannya tak banyak.
Omlette Gem.
Bahan:
2 biji telur (pukul ngan garfu)
1 sudu besar susu segar
Bawang besar ( dadu kecil)
Buah tomato ( dadu kecil)
Cili cameron hijau (dadu kecil)
1 sudu besar butter
1 keping cheesedale
Cara:
Guna pan kecil, panaskan butter, masukkan bawang besar lebih kurang 1/2 sudu besar,  diikuti cili cameron (1/2 sudu besar) dan tomato (1/2 sudu besar).  Telur di campurkan dengan susu segar.  Tuangkan campuran ini dalam bahan tumis tadi.  Ratakan macam buat telur dadar.  Bila kelihatan telur keras sikit masukkan keju 1 keping.  Lipat dua .  Jangan masak terlalu lama.  Boleh angkat dan hidang dengan sos cili.  Tapi saya lebih suka makan gitu rasa lemak keju..... :P </description>
Gubahan sireh
<description>Kali pertama membuat gubahan sireh ni.  sebenarnya tangan ni tak brapa pandai sangat bab gubah mengubah seperti gubah bunga sebagainya.  Tapi atas permintaan saudara buat lah jugak.  Nampak sangat cacat celanya...
Jom mari kita lihat hasilnya....
Assalamualaikummmmmmmmmmmm
<description>Sejak duamejak ni tidak berkesempatan membuka fp ni.  Rasanya kesibukan ini berlarutan sehingga bulan ramadhan.  Kepada teman-teman yang sudi menjeguk ke sini saya ucapkan ribuan terima kasih.....terutamanya kepada MaDiHa, Ana, Zai Kulim......dan sebagainya.  Kepada yang baru singgah kat sini saya ucapkan selamat menyinggah....dan silakan lah masuk jangan segan-segan.</description>
Tak terdaya melawan arus kesibukan.
<description>Adus !......tolong kenapa lah tak de masa ni?.  Kat umah sibuk, kat opis sibuk...apa nak jadi ni. Entah apa yang di sibukkan pun aku tak tau . Rumah dah berabuk sakan hingga tengelam dapur ku ini.  Apa yang aku masak tak sempat berposing lagi.  Eeeeeeeeeiiii bila lah nak cenang ni?????. :head_bang:  
CreMe BrULee
<description>Resipi ini saya jumpa  kat tenet gak tapi dah lupa.  Sesapa berkenaan minta maaflah.  Dan terima kasih kerana share resipi.  Saya buat cara saya.
Creme Brulee
Sumber....tak ingat.
Bahan: 
1 mangkok buah strawberry - (masak dengan air dan gula...kasi manis skit)
1/3 cawan gula pasir  (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 camB tepung jagung
1/3 camT garam
2 cawan susu segar
1/2 camT esen vanilla
4 camT "brown sugar"
Cara:  Campurkan susu, gula, tepung jagung, garam kacau sebati.  Panaskan atas api pelahan sehingga mendidih masukkan esen vanilla.  Tuangkan dalam acuan kecil-kecil tahan panas.  Letak buah strawberry yang telah disira tadi.  Tabur brown sugar atasnya ...masukkan dalam oven 2-3 minit atau sehingga brown sugar cair.  Angkat...Sejutkan.  Tersangatlah mudah dan sedap .  :P 
Bun
400 gm tepung high protien
280 ml susu segar suam
40 gm gula
1 camT garam halus
8 gm yis mauripan
40 gm butter
Cara:  Masuk je lam breadmaker.. LOL 
Bila siap tumbuk bagi keluar angin lam badannya. LOL .  Bentuklah apa-apa yang disukai.  Bakar api 180 selama 20 minit (oven kita ).  Makan cicah air kopi panas-panas . :-D </description>
Hasil Keje tangan 
<description>Lama dah rasanya tak menjahit, rasa cam nak buat sesuatu.  Bukalah fail buruk ceruk
 dinding jumpalah gambar beg....eh berkenan pulak.  Buatlah sikit dasar dengan surat kabar 
lama dan kain lebihan buat langsir...jom layan....siapa yang berkenan....angkat tangan cepat :horay: 
MY FiRSt BoOK.
Ini keje tangan akibat penyakit dari Kak Mon kite tuuuuuuuuuuuu.  Masih dalam percubaan. 
 Akan ku usahakan lagi untuk jadi lebih kemas dan cantik. ;-) </description>