Want your
own Fotopage?







 


By: Shapurah Mohamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Nov-2009 06:49 Email | Share | Bookmark
Campur aduk xtvt

 
 
 
 
Hari ni saya campur aduk semua bahan-bahan untuk di entry kan.

Ini adalah baju yang baru siap di jahit untuk di pakai oleh Che Ella untuk majlis perpisahan dengan teman dari kolej???? ape ye lupa..sorry. Sengaja saya muatkan kat sini sebabnya tak de bahan lain untuk dipaparkan , maka inilah xtvt saya.

Ini pulak Bun Apple ...projek nak menghabiskan tepung. Bakar tak nampak kuning sangat sebab nak cepat .


Ini pulak Gulai Kuzi untuk di makan dengan roti jala. Tapi di makan dengan roti bantal je

Quote:
GULAI KUZI BONDA

Bahan untuk gulai:

1 ekor ayam - potong ikut suka
5 biji ubi kentang - potong kiub kecil- goreng -
6 biji bawang besar - mayang dan goreng garing - tumbuk lumat
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah }
5 biji bawang putih } tumbuk
1/2 inci halia }
1/2 tin susu cair atau lebih
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit Safron (zat param)
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing

Bahan untuk perap ayam

5 biji bawang merah }
2 biji bawang putih } tumbuk
1/4 inci halia }
Sedikit Safron (zat param) }
2 camca besar cuka
Sedikit garam

Bahan di atas ini di perap pada ayam biarkan 1/2 jam. Kemudian goreng setengah masak. Toskan.

Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair. Kacau biar sebati masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk. Masukkan air, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuahjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi. Tutup api. Angkat.

Sedap di makan dengan Roti kirai /jala dan roti bantal.

Resipi milik keluarga



Manakala ini pulak gambar terbaru iaitu anak buah saya (anak abang saya) Lahir melalui cara pembedahan kerana dok songsang. Berat cuma 2.35 kg...baby pompuan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net