|
|
| Friday, 13-Nov-2009 06:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Campur aduk xtvt
|
|
Hari ni saya campur aduk semua bahan-bahan untuk di entry kan.
Ini adalah baju yang baru siap di jahit untuk di pakai oleh Che Ella untuk majlis perpisahan dengan teman dari kolej???? ape ye lupa..sorry. Sengaja saya muatkan kat sini sebabnya tak de bahan lain untuk dipaparkan , maka inilah xtvt saya.
Ini pulak Bun Apple ...projek nak menghabiskan tepung. Bakar tak nampak kuning sangat sebab nak cepat .
Ini pulak Gulai Kuzi untuk di makan dengan roti jala. Tapi di makan dengan roti bantal je
| Quote: | GULAI KUZI BONDA
Bahan untuk gulai:
1 ekor ayam - potong ikut suka
5 biji ubi kentang - potong kiub kecil- goreng -
6 biji bawang besar - mayang dan goreng garing - tumbuk lumat
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah }
5 biji bawang putih } tumbuk
1/2 inci halia }
1/2 tin susu cair atau lebih
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit Safron (zat param)
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing
Bahan untuk perap ayam
5 biji bawang merah }
2 biji bawang putih } tumbuk
1/4 inci halia }
Sedikit Safron (zat param) }
2 camca besar cuka
Sedikit garam
Bahan di atas ini di perap pada ayam biarkan 1/2 jam. Kemudian goreng setengah masak. Toskan.
Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair. Kacau biar sebati masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk. Masukkan air, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuahjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi. Tutup api. Angkat.
Sedap di makan dengan Roti kirai /jala dan roti bantal.
Resipi milik keluarga |
Manakala ini pulak gambar terbaru iaitu anak buah saya (anak abang saya) Lahir melalui cara pembedahan kerana dok songsang. Berat cuma 2.35 kg...baby pompuan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Nov-2009 06:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berkursus dan seminar
|
|
Sekian lama ku tinggalkan rumah ku ini, ari ni baru boleh buka pintu rumah ku ini. Baru berkesempatan dan ingin ku ucapkan terima kasih kepada yang sudi berkunjung walaupun tiada penghuni untuk sekian lamanya.
Pada 19 Oktober pergi berkursus di Langkawi. Banyak ilmu yang ku dapat di samping banyak duit habis bershopping..aduh.... ambil kesempatan membeli sebab tak kena cukai. Balik ke Kota Bharu pada 22 Oktober. Sempat singgah menjenguk anak di asrama ...rindu . Ambil masa 1/2 jam bersama anak kemudian terpaksa bertolak balik kerana ari dah lewat. Sampai di rumah jam 2 pagi. Letih tak leh nak cerita dengan mengantuk bagai.
Hari minggu berkemas rumah yang ditinggal sekian hari. Pakaian harus dibereskan kerana hari Ahad 25 Oktober harus bertolak ke Melaka menghadiri seminar hari kualiti dan produktiviti pulak.
Hari selasa habis petang . Kesempatan ini ku ambil apabila sampai di Melaka berkunjung ke rumah kak Saba'iayah (teman serumah sewaktu bekeje kat KL). Kami macam adik beradik. Sekarang dia ambil pencen awal kerana mengikuti suami mengurus ternakan kambing lembu dan sebagainya. Seronok kerana dapat berjumpa dengan kawan yang sekian lama tidak berjumpa hanya telefon yang menghubungi kita orang.
Dua minggu asyik dok berjalan sebab tu ruangan ini ku tinggalkan . Sekali lagi kepada yang menjadi pengunjung setia ku ucapkan terima kasih banyak. Nanti kita sembang pasal masakan pulak bila ada masa.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-Oct-2009 07:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Kek ni adalah tempahan untuk majlis hari raya. Kek Chiffon oren dan kek span. . Mudah dan cepat untuk menyediakannya.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-Oct-2009 04:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Baru belajar....
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Oct-2009 03:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Hari Raya
|
|
Ni sajalah yang termampu ku sediakan untuk hidangan hari raya. Kelam kabut dengan tempahan baju yang tak siap, mana lagi nak masak, nak kemas rumah.....adussss fening kefala. Banyak yang tak sempat nak ambik gambar...
Pecal, Mee Bakso dan Lontong...resipi menyusul. Semua masakan ini saya kutip dalam tenet.
PECAL
LONTONG - sumber Mat Gebu
MEE BAKSO
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Sep-2009 07:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
KEPADA RAKAN-RAKAN TAULAN DI SIBER NI SAYA INGIN MEMOHON MAAF BEBANYAK KERANA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MEMBALAS UCAPAN SELAMAT HARI RAYA . OLEH ITU SAYA INGIN MENGUCAPKAN BEBANYAK TERIMA KASIH DI ATAS INGATAN DAN KESUDIAN MASIH MERONDA-RONDA DI RUMAHKU INI YANG TERLALU TERUK DAN TIDAK TERURUS INI. INSYAALLAH AKAN SAYA BERESKAN RUMAH INI TAK LAMA LAGI.....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Aug-2009 02:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Aug-2009 01:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kek Lapis lagiiiiii
|
|
Kek Lapis Holiday
Sumber.....tak ingat kat mana tapi lam tenet lah...sorry tuan empunya resipi ye,,,ampunnnnnn
Rasa....sedap sekali.
| Quote: | KEK HOLIDAY
BAHAN:
16 OZ BUTTER
1 CAWAN GULA PASIR (1.5 GELAS)
10 BIJI TELUR SEDERHANA (B)
1 TIN SUSU PEKAT (BOLEH KURANG SEBAB MANIS)
2 GELAS BISKUT MARIE (KISAR HALUS)
ESEN VANILLA
1.5 GELAS HORLICK
1.5 GELAS MILO
CARA: PUTAR BUTTER DGN GULA SAMPAI GEBU, MASUK TELUR SEBIJI-BEIJI, DIIKUTI ESEN, SUSU SEBATIKAN. MASUKKAN BISKUT KISAR . BAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN IAITU 1 CAMPUR MILO DAN 1 LAGI HORLICK.
PANASKAN KUKUS LETAK PLASTIK DI LOYANG SUPAYA MUDAH UNTUK KELUARKAN BILA MASAK. MULAKAN DENGAN ADUNAN HORLICK, RATAKAN 1 SENDUK KUKUS 20 MINIT LEPAS TU ADUNAN MILO. LETAK KAIN MENUTUP PERIUK KUKUS ELAK DARI AIR JATUH.
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Aug-2009 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Betul-betul ho liau
|
|
Hari ni kita hidangkan menu yang paling sempoi...maggi har mee. Penyediaannya agak mudah khas untuk yang banyak v M macam kita orang. Nak sedap masukkan lauk pauk banyak tentu sedap. Paling saya suka tabur daun ketumbar....aduh menyelerakan.....sila kan makan .
Har Mee (betul-betul ho liau)
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Jul-2009 05:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Laksa Penang....lama dah rasanya tak buat. Kali ni saya buat kuah dari ikan sardin. Betullah orang cakap buat kuah laksa dengan ikan sardin sedap.
LAKSA PENANG
CENDOL TAPAI UBI
KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber: Mr. Rozzan
Pertama kali buat kek lapis asam manis. Mudah dan sedap. Ada permintaan pulak nak order....untuk raya nanti. . Insyallah kalau sempat boleh le buka jualan kek lapis .
|
|
|
|